Sunday, October 2, 2011

Merekayasa Bimbingan dan Kaunseling

Sebelum saya menulis lebih lanjut, ingin saya ajukan persoalan ini...
                  Apakah makna merekayasa?
Semua orang menyebut perkataan itu dan apabila ditanya tidak pula tahu maknanya...

Mari kita berkongsi...

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, maksud merekayasa ialah r├ękayasa = penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan, meka­nis­­­me kerja, dan lain-lain sebagai asas melaksanakan se­suatu.

merekayasa
= melakukan rekayasa

Contoh ayat:
Unit Bimbingan dan Kaunseling harus lebih fokus merekayasa program mengikut keperluan di dalam lapan bidang yang disarankan iaitu:

1. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
2. Pengurusan dan Pentadbiran
3. Akademik
4. Kerjaya
5. Psikososial dan Kesejahteraan Mental
6. Keibubapaan
7. Pembangunan Diri
8. Pencegahan Dadah / Rokok / HIV / AIDS

 Anda juga boleh merujuk di sini.

                 ____________________________________________________________


                                         MEREKAYA BIMBINGAN DAN KAUNSELING


                    Pertandingan Sempena Karnival Merekayasa Bimbingan dan Kaunseling
                                                        Peringkat Negeri Selangor
                 

                                          Tarikh      :      3 Oktober 2011
                                          Hari         :      Isnin
                                          Masa       :      8.00 pagi hingga 4.00 petang
                                          Tempat    :      SM Vokasional Sungai Buloh, Selangor

Di antara pertandingan-pertandingan yang diadakan ialah:

i. Pertandingan Kaunselor Muda (Talk Show) untuk Sekolah Menengah
   (Terbuka untuk pemimpin PRS sekolah)
ii. Pertandingan Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
iii. Pertandingan Facebook Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
iv. Pertandingan Video Korporat,Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah


Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman SEA akan memasuki Pertandingan Blog.

Harap semua pihak mendoakan kami ya!!!

Semoga Berjaya!

Good Luck Wishes

We are able to have some awesome dreams by seeing your dreams become reality, so we truly wish you all the success you can have. We are wishing us all the best of luck.

Permohonan ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional


Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dan berminat menyambung belajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2012 bolehlah membuat permohonan sekarang.

Permohonan ke ILJTM


Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

Permohonan ke MRSM


Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengendalikan permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Pengambilan pelajar baru MRSM adalah untuk kemasukan ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 sahaja.
Maktab Rendah Sains MARA

Permohonan Tingkatan 1 MRSM

Permohonan Tingkatan 4 MRSM

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan kemasukan ke MRSM sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah, Tingkat 19 & 20, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur atau telefon 03-26134509/ 03-26134513 atau faks 03-26911658.

Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh


Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan bahawa permohonan secara online kemasukan murid ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2012 akan dibuka pada 1 Septembersehingga 15 Oktober 2011.
Permohonan kemasukan ke SBP bagi tahun 2012 telah pun dibuka, sila rujuk;
Sebagai panduan sila rujuk;
Jika setelah merujuk kepada pautan di atas dan masih mempunyai pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian telefon 03-83217400 atau faks 03-83217403.

Thursday, September 29, 2011

Permohonon Ke Program Matrikulasi

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Sesi 2012/ 2013 sudah mula dibuka mulai Julai 2011 yang baru lalu. Para pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bolehlah memohon untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM ini.

Lawatan Ke Nottingham University


YES (Young Engineers and Scientists) Day
The University of Nottingham Malaysia Campus
21 July 2011.  8.30 am to 12.30 pm.
Students from 5 Angsana, 5 Ixora, Lower 6 Kenanga, Lower 6 Seroja and Lower 6 Teratai
Teachers Pn Lin SG, Pn KN Vasanthy, Pn Zakiah Mohd Nor, En Mohd Hanafiah, Pn Yip CY

Bidang Psikososial: Minggu Psikososial dan Kesejahteraan Mental






Bidang Akademik: Minggu Kecemerlangan Akademik




Pertandingan Menari Antara Sekolah






Larian 1 Murid 1 Sukan

Kementerian Pelajaran telah menganjurkan Majlis Pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) pada 02 Julai 2011 bertempat di Stadium Perak, Ipoh, Perak pada 7.45 pagi. Aktiviti utama pelancaran tersebut adalah Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia seluruh negara. KPM berharap larian tersebut dapat dicatatkan dalam Malaysia Book of Records dalam kategori ‘The Largest Participation of School Students in a Run’.


Kemahiran Mengingat