Apakah makna merekayasa?Semua orang menyebut perkataan itu dan apabila ditanya tidak pula tahu maknanya...
Mari kita berkongsi...
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, maksud merekayasa ialah rékayasa = penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, dan lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu.
merekayasa = melakukan rekayasa
Contoh ayat: Unit Bimbingan dan Kaunseling harus lebih fokus merekayasa program mengikut keperluan di dalam lapan bidang yang disarankan iaitu:
1. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
2. Pengurusan dan Pentadbiran
3. Akademik
4. Kerjaya
5. Psikososial dan Kesejahteraan Mental
6. Keibubapaan
7. Pembangunan Diri
8. Pencegahan Dadah / Rokok / HIV / AIDS
Anda juga boleh merujuk di sini.
____________________________________________________________
MEREKAYA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Pertandingan Sempena Karnival Merekayasa Bimbingan dan Kaunseling
Peringkat Negeri Selangor
Tarikh : 3 Oktober 2011
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : SM Vokasional Sungai Buloh, Selangor
Di antara pertandingan-pertandingan yang diadakan ialah:
i. Pertandingan Kaunselor Muda (Talk Show) untuk Sekolah Menengah
(Terbuka untuk pemimpin PRS sekolah)
ii. Pertandingan Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
iii. Pertandingan Facebook Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
iv. Pertandingan Video Korporat,Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman SEA akan
memasuki Pertandingan Blog.
Harap semua pihak mendoakan kami ya!!!