Tokoh

                           ANGKAWASAN NEGARA KE SMKTS


Pada tahun ini kami amat bertuah kerana dapat menjemput Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Angkasawan Negara hadir ke sekolah untuk merasmikan Minggu Pusat Sumber 2011.  Selain dari itu, kehadirannya dapat memberi sumber inspirasi kepada para pelajar untuk lebih gigih berusaha untuk mencapai matlamat hidup serta menjadi insan yang berguna di masa hadapan.





       ___________________________________________          
        
          PELAJAR CEMERLANG NEGARA SPM 2010


Kami berasa berbangga kerana kejayaan pelajar kami iaitu Erique Phang Li-Onn yang telah menjadi salah seorang pelajar cemerlang negara.  Beliau merupakan seorang pelajar yang mempunyai budi pekerti yang amat tinggi, sangat menghormati guru, gigih berusaha, fokus di dalam kelas dan seorang yang amat merendah diri.  


Berikut adalah kejayaan yang dicapai:


Peperiksaan Awam: 

SPM (10A+), PMR (7A), UPSR (5A)

Pelajar cemerlang negara UPSR (2005),
Pelajar cemerlang negara PMR (2008),
Pelajar cemerlang negara SPM (2010).

Peperiksaan Dalaman Sekolah:

Mendapat tempat pertama dalam kelas dan keseluruhan terbaik seluruh tahun/tingkatan selama 11 tahun berturut-turut.







                                         Kalau menebang dahan yang tinggi,
                                         Ingat-ingat ranting yang patah,
                                         Kalau terbang sudahlah tinggi,
                                         Ingat-ingat orang di bawah.

SEMOGA ERIQUE AKAN SENTIASA CEMERLANG DAN BERJAYA DI DALAM               HIDUPNYA. 


No comments:

Post a Comment