SMK Taman SEA terletak di tengah-tengah dua buah kawasan perumahan yang besar, iaitu Kampung Tunku dan Taman SEA. Ia terdiri daripada 4 buah bangunan 3 tingkat, sebuah kantin, bengkel, dewan dan sebuah padang yang besar.
Pembinaan sekolah ini bermula pada tahun 1974. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini tidak ada bangunan sendiri. Ia bermula dengan 5 buah bilik pinjaman. Pelajar lelaki Tingkatan Satu (3 kelas) ditempatkan di SMK Bukit Bintang di bawah pengawasan Pn. Ainun bt. Md. Said, Pn. Ong Kim Huah dan En. Alan Lim Meng Sue, manakala pelajar perempuan Tingkatan Satu (2 kelas) ditempatkan di SMK Sri Aman di bawah jagaan Pn. Siti Fatimah dan Pn. Felicia Lee.

Sekolah ini telah siap dibina pada penghujung tahun 1975. Semasa ia mula-mula dibuka, terdapat 665 orang pelajar (5 kelas peralihan, 6 kelas Tingkatan Satu dan 5 Kelas Tingkatan Dua) dan 20 orang guru. Kini terdapat 1797 orang pelajar dan 115 orang guru.
Pada awal tahun 1976, SMKTS terdiri daripada Blok A dan Blok B. Blok A terdiri daripada 14 kelas biasa, pejabat, 2 bilik Sains Rumah Tangga, 3 makmal dan perpustakaan. Blok ini kemudian diperbesarkan untuk menampung 4 lagi kelas sebuah bilik computer, Pusat Sumber dan Koperasi Sekolah.
Blok C yang telah siap dibina pada tahun 1980 terdiri daripada 6 kelas dan 3 buah makmal.
Pada tahun 1985, tempat letak basikal telah dibina. Pada awal penggal kedua persekolahan tahun 1985, Tingkatan 6 mula ditubuhkan. Untuk menampung pelajar-pelajar yang semakin bertambah, Blok D telah dibina pada tahun 1991, khasnya untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas dan Bawah.
Pada tahun 1985, tempat letak basikal telah dibina. Pada awal penggal kedua persekolahan tahun 1985, Tingkatan 6 mula ditubuhkan. Untuk menampung pelajar-pelajar yang semakin bertambah, Blok D telah dibina pada tahun 1991, khasnya untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas dan Bawah.

Mulai 1993, perkembangan pembangunan SMK Taman SEA amat pesat sekali. Semanagt permuafakatan yang melibatkan peranan PIBG turut memastikan segala pelaksaan program pendidikan berjalan lancer. Selain membantu dari segi kewangan, sokongan moral yang tidak berbelah bagi telah memantapkan lagi keunggulan SMKTS dalam pelbagai bidang.

Sebagai sebuah organisasi pendidikan yang menekankan pemupukan nilai murni dan sahsiah unggul, SMK Taman SEA turut menggalakkkan para pelajarnya melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai kegiatan atau projek kebajikan bagi membantu masyarakat sekeliling. Usaha ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada para pelajar terutama sekali Projek Hamper yang telah dijadikan program tahunan sejak tahun 1993.
Projek-projek kebajikan yang dilaksanakan ini ternyata telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang besikap prihatin serta sensitive dengan penderitaan dan kesengsaraan anggota masyarakat yang lain. Pemupukan nilai-nilai murni ini diharap akan menjadi sebati dalam kehidupan mereka pada masa hadapan dan semoga mereka akan terus mencurahkan jasa dan tenaga sebagai warga yang berwawasan dan berbudi pekerti mulia.
No comments:
Post a Comment