Sunday, October 2, 2011

Permohonan ke ILJTM


Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

JTM
ILJTM terdiri daripada:
  • 22 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang menawarkan program peringkat sijil dan sijil lanjutan
  • 4 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan
  • Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) yang juga menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

Pengambilan Baru ILJTM

Pengambilan ke ILJTM dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Bagi sesi kemasukan Januari permohonan adalah secara Aplikasi Dalam Talian (online) di laman web JTM dan bagi kemasukan Julai di laman web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 – 35 tahun

Syarat Minumum

  • Lepasan SPM/SPMV – memiliki SPM dengan lulus Bahasa Melayu; atau
  • Lepasan SKM – memiliki SKM Tahap 2/3/4; atau 
  • Lepasan ST – memiliki SKM Tahap 2/3 atau Sijil PW2

Syarat Khas

Tertakluk kepada kursus yang dipohon, sila rujuk Panduan Kemasukan ProgramSijil dan Diploma & Diploma Lanjutan.

Kemudahan

  • Program Sijil – Penginapan, makan dan minum adalah percuma
  • Program Diploma & Diploma Lanjutan – Pinjaman pelajaran PTPTN
  • Bagi OKU – sama seperi program sijil serta elaun sara diri RM300 sebulan.

Permohonan

Permohonan kemasukan ke ILJTM boleh dibuat dengan 2 cara;
  1. Secara dalam talian (online) di Permohonan Kemasukan ILJTM Sesi Januari 2012.
  2. Datang sendiri ke ILJTM yang berhampiran.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke ILJTM bagi sesi Januari 2012 ini akan ditutup pada 24 Oktober 2011.
  • Pemohon yang tidak mendapat jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup dianggap tidak berjaya.

Maklumat

Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja, sila kunjungi laman web ILJTM daniklan pengambilan untuk maklumat lebih terperinci.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ke ILJTM ini, sila berhubung terus dengan;
  • Bahagian Pengurusan Latihan,

    Jabatan Tenaga Manusia,

    Blok D4, Kompleks D,

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

    62530 Putrajaya

    Telefon: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482

    Email: jtm@mohr.gov.my

No comments:

Post a Comment